Buku. Siapa nak baca, Siapa nak beli?


Assalamualaikum.. apa khabar iman kalian? (:

Ye, apa khabar iman kalian? Soalan ni yang aku selalu tanya adik-adik usrah. Rindu kat depa lettew hehe
Syahindah, shahida dan haikal nur fatin.

Lately ni jarang update, salah satu sebabnya line internet kat rumah 'gila slow'.
Alhamdulillah..setakat ni baru 9 buah buku aku smackdown haa..dan teringin benar hajat hati nak berkongsi apa yang aku dah baca. Inshaallah, ada waktu terlapang aku kongsi sikit-sikit. Dan oh ye..mungkin ada a few books yang aku nak let go dengan harga lelong. Adios

Nota pendek je dapat dari fb 'Suara Al-Azhar':

Syarat taubat itu ada 3:
1-Menyesal, iaitu ibadah dengan hati
2-Memohon ampun iaitu dengan lisan
3-Meninggalkan maksiat,iaitu dengan anggota tubuh
-Syeikh Yusri Rusydi-


Sayang,Ini Impian dan Ini harapan

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini impian dan ini harapan. Sejak kecil aku memasang cita-cita suatu hari nanti aku seorang pemilik kedai buku. Aku pernah bekerja di kedai buku, dekat je area rumah aku dan pengalaman kerja kat kedai buku la yang most of the time aku kena cakap omputih, sebab customer ramai mat salleh. Terbelit lidah hoho. Apa-apa pun it's a good experience la. Rindu pula nak kemas buku,jadi cashier,jadi customer service dan oh ye nak lepak lari kat tempat children area haha.

Tapi.. aku tak nak terlalu over kejar impian ni. Cuma sentiasa mengorak langkah. Usaha langkah demi langkah. Aku risau dek terlampau kejar 'dunia', 'akhirat' aku lupa. Sebab itu sedaya upaya aku usaha agar langkah aku sentiasa dalam DnT.

Dan akhir sekali, aku berharap dapat pasangan yang sama minat, sama fikrah. Minat tu lebih kepada membaca dan menulis dan sefikrah tu boleh aku katakan dia faham DnT. Agar aku dan dia boleh kejar laju-laju impian ini sama-sama dan impian sampai ke syurgaNya. Ohhoii.. berangan!
*Tergelak tulis perenggan ni hehe


"to achive your mission and vission,

you'll be needing two vital ingredients,

passion and patience." [hlovatesays]

Futur. Aku Tak Suka Futur

Bismillahirrahmanirrahim..
Kak nad..kak nad..(suara adik-adik memanggil)
Sebenarnya aku rindu nak dengar suara diorang semua..lagi-lagi suara dik aina,suara lembut dia T_T
Aku kat rumah anak second last, adik aku tak panggil kak nad dan sebab tu aku jadi rindu heh.

Kak nad.. apa maksud futur?
Ok adik-adik, kakak-kakak. Futur tu maksud nya 'putus asa' haa.

Aku pernah merasainya dan aku pasti sedikit sebanyak adik/kakak yang sekapal dengan aku pasti merasainya juga apabila makin naik semester, terutama apabila dah masuk senior sem.

Sahabat/Sahabiah sekalian. Sini..sini, aku kongsi sikit. Time ni aku rasa futur dan ada seseorang yang aku cintai KernaNya memberi sedikit kata-kata perangsang. Boleh la jadi perangsang untuk korang yang..mungkin rasa macam yang aku rasa dulu. Futur. Aku tak suka futur. ^^

aku: nak tanya ada tips x nak naikkan semangat yg mcm rasa nak pudar dahh untuk teruskan especially dlm (kelab dnt) . rasanye sebab apa ye kak huhu !_!

kak comel: mula2 sekali kena tahu sebab apa semangat tu pudar. adakah sebab kawan. atau sebab pelajaran. atau sebab keluarga. atau sebab pengaruh luar. atau sebab (kelab dnt) tu sendri.lihat kat mana yg buat kita rasa malas nak teruskan.kemudian, cuba ingat balik apa yang dahulu selalu kita buat, dan sekarang sudah lama kita tak buat.
sbg contoh. mungkin dahulu kita rajin ke majlis2 ilmu, usrah tak pernah tinggal, Quran selalu menjadi teman.lihat pula sekarang, mana satu yg dah lama kita tinggalkan. Quran kah? Usrah kah? majlis ilmu kah?
(sebut nama korang)..iman tu ibarat roda. adakalanya ia di atas - menjadikan kita bersemangat dan membuak2 tenaga. dan ada masanya ia jatuh ke bawah mencium lantai - menjadikan kita gelisah selalu, malas, hilang semangat dan tidak bertenaga.Roda akan terus berputar seperti mana kehidupan kita juga berjalan seperti hari ini. apa yang perlu kaki kita terus mengayuh. terus..terus..selagi nyawa di kandung badan.
begitu juga iman. iman yg terpelihara pasti akan menjadikan diri kita kembali bersemangat. kerana iman itu lawannya nafsu..untuk menentang nafsu perlukan semangat yg kuat.
jadi (sebut nama korang), apabila berada di bawah, mulakan kembali apa yg pernah dimulakan suatu ketika dahulu. tidak mengapa jika perkara itu kita telah lakukan berulang2 kali dan tiada hasil spt yg kita mahukan..asalkan kita sentiasa ada kemahuan untuk sering memulakan.
Allah kan tidak melihat pada hasil tapi Dia melihat pada usaha. Mungkin cuti yg tidak panjang ni boleh manfaatkan utk join program2 di sekitar kl.. adakalanya program2 yg bermanfaat akan membuka mata kita dan menaikkan semangat kita.Sentiasalah dalam keadaan mencari.- Terima kasih kak comel :D

# Jadi adik-adik, kakak-kakak dan buat diriku juga. Teringat aku bait-bait kata yang aku sempat salin, kata-kata dari Utsz.Zahazan berpesan: "Jangan berputus asa dalam dakwah,nanti dilihat seakan-akan buruk sangka pada Allah..Perbaiki diri,usah berhenti! Yea challenge is tough but you know why?Because Allah knows that you're tougher!Kuat!
Bagi aku, janganlah terlalu rigid sangat pandang dakwah tu terlalu jauh. Pandang dekat-dekat dulu. Dakwah,mulakan dengan diri sendiri. Dengan Akhlak diri sendiri :)

Kerna Sayang


Kadang aku terfikir, kenapa aku terlalu 'caring' dengan mereka. Apa yang aku dapat dari semua ini?
Kadang juga aku terfikir kenapa yang lain sepertinya makin jauh, makin mendiamkan diri.
Diajak segan, diajak menolak. Tak mengapa, bukan aku untuk menghukum.
Masing-masing ada pendirian. Masing-masing ada komitmen.Aku hormat, apa-apa pun tetap sayang.

"Kau sibuk-sibuk hal diorang buat apa? Dah jadi 'ex' sudah la. Tak yah la nak sibuk"
"Entah..apa yang kau dapat? Dapat penat je..diorang bukannya fikir sangat"
Dah la..biarkan diorang.Bla..bla..bla..bla..

Allahurabbi.. actually, aku tak tahu macam mana nak explain. Cukup aku katakan,
"Aku sayang diorang lillahitaa'la dan sedaya upaya aku cari ruang berusaha 
untuk pastikan ukhwah ini sentiasa mengalir"



Will You Hate Me- Dawud Wharnsby Ali


Aku suka lagu-lagu Dawud,Sami Yusuf,Zain Bikha, Yusuf Islam,Ahmed Bukhatir :)
Dan lagu ni membawa aku kepada cerita lama tentang kawan.

"Will I scare you, upset you, frustrate you, irate you?
Challenge a lifestyle or weaken your trust
Or will you see my efforts and my passionate sincerity
Would you see just a little of yourself in me
Will you take off your mask so we can both be free."

Will you take off your mask so we can both be free.?
Will you?