Futur. Aku Tak Suka Futur

Bismillahirrahmanirrahim..
Kak nad..kak nad..(suara adik-adik memanggil)
Sebenarnya aku rindu nak dengar suara diorang semua..lagi-lagi suara dik aina,suara lembut dia T_T
Aku kat rumah anak second last, adik aku tak panggil kak nad dan sebab tu aku jadi rindu heh.

Kak nad.. apa maksud futur?
Ok adik-adik, kakak-kakak. Futur tu maksud nya 'putus asa' haa.

Aku pernah merasainya dan aku pasti sedikit sebanyak adik/kakak yang sekapal dengan aku pasti merasainya juga apabila makin naik semester, terutama apabila dah masuk senior sem.

Sahabat/Sahabiah sekalian. Sini..sini, aku kongsi sikit. Time ni aku rasa futur dan ada seseorang yang aku cintai KernaNya memberi sedikit kata-kata perangsang. Boleh la jadi perangsang untuk korang yang..mungkin rasa macam yang aku rasa dulu. Futur. Aku tak suka futur. ^^

aku: nak tanya ada tips x nak naikkan semangat yg mcm rasa nak pudar dahh untuk teruskan especially dlm (kelab dnt) . rasanye sebab apa ye kak huhu !_!

kak comel: mula2 sekali kena tahu sebab apa semangat tu pudar. adakah sebab kawan. atau sebab pelajaran. atau sebab keluarga. atau sebab pengaruh luar. atau sebab (kelab dnt) tu sendri.lihat kat mana yg buat kita rasa malas nak teruskan.kemudian, cuba ingat balik apa yang dahulu selalu kita buat, dan sekarang sudah lama kita tak buat.
sbg contoh. mungkin dahulu kita rajin ke majlis2 ilmu, usrah tak pernah tinggal, Quran selalu menjadi teman.lihat pula sekarang, mana satu yg dah lama kita tinggalkan. Quran kah? Usrah kah? majlis ilmu kah?
(sebut nama korang)..iman tu ibarat roda. adakalanya ia di atas - menjadikan kita bersemangat dan membuak2 tenaga. dan ada masanya ia jatuh ke bawah mencium lantai - menjadikan kita gelisah selalu, malas, hilang semangat dan tidak bertenaga.Roda akan terus berputar seperti mana kehidupan kita juga berjalan seperti hari ini. apa yang perlu kaki kita terus mengayuh. terus..terus..selagi nyawa di kandung badan.
begitu juga iman. iman yg terpelihara pasti akan menjadikan diri kita kembali bersemangat. kerana iman itu lawannya nafsu..untuk menentang nafsu perlukan semangat yg kuat.
jadi (sebut nama korang), apabila berada di bawah, mulakan kembali apa yg pernah dimulakan suatu ketika dahulu. tidak mengapa jika perkara itu kita telah lakukan berulang2 kali dan tiada hasil spt yg kita mahukan..asalkan kita sentiasa ada kemahuan untuk sering memulakan.
Allah kan tidak melihat pada hasil tapi Dia melihat pada usaha. Mungkin cuti yg tidak panjang ni boleh manfaatkan utk join program2 di sekitar kl.. adakalanya program2 yg bermanfaat akan membuka mata kita dan menaikkan semangat kita.Sentiasalah dalam keadaan mencari.- Terima kasih kak comel :D

# Jadi adik-adik, kakak-kakak dan buat diriku juga. Teringat aku bait-bait kata yang aku sempat salin, kata-kata dari Utsz.Zahazan berpesan: "Jangan berputus asa dalam dakwah,nanti dilihat seakan-akan buruk sangka pada Allah..Perbaiki diri,usah berhenti! Yea challenge is tough but you know why?Because Allah knows that you're tougher!Kuat!
Bagi aku, janganlah terlalu rigid sangat pandang dakwah tu terlalu jauh. Pandang dekat-dekat dulu. Dakwah,mulakan dengan diri sendiri. Dengan Akhlak diri sendiri :)